Kopitiam

Pelas Udang



















  • Bahan2nya
  • 1/2 kg udang sederhana besar
  • 1 biji kelapa(jangan terlalu tua,sedang untuk di buat inti)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 4 biji cili padi
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air asam jawa
  • air kelapa
  • daun pisang secukupnya




  • Cara Membuatnya
  • udang di buang kepala dan di basuh bersih
  • kelapa di belah dan di ambil airnya kemudian di parut
  • jintan manis,jintan putih dan ketumbar di sangan sekejap,kemudian di tumbuk halus
  • tumbuk bawang merah bawang putih cili padi dan kelapa parut tadi
  • ambil sedikit udang di buang kulit dan di tumbuk
  • masukkan semua bahan ke dalam bekas termasuk udang
  • adun bahan dengan air kelapa
  • masukkan garam,gula dan sedikit air asam jawa
  • ambil sehelai daun pisang
  • ambil 1 sudu besar dan masukkan ke dalam daun pisang
  • bungkus seperti membuat tapai
  • buat begitu sampai habis
  • kukus 20 minit.

Kuih Tepung Pelita / Limas



  • Bahan Bawah
  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 cawan santan cair
  • secubit garam
  • sedikit air kapur
  • pewarna hijau / perisa pandan
  • daun pisang untuk di buat kerongsong
  • gula secukupnya



  • Bahan Atas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu teh garam


  • Cara Membuatnya (Bawah)
  • sediakan kerongsong dahulu
  • satukan semua bahan,kacau sebati
  • masukkan 1 sudu teh gula ke dalam kerongsong
  • tuang adunan 3/4 kukus 20 minit




  • Bahagian Atas
  • satukan semua bahan,kacau sebati
  • apabila adunan bawah sudah masak,tuangkan adunan tadi
  • kukus 5 minit
  • siap untuk di hidang.

Nasi Kerabu

  • Nasi
  • ramas bunga+air
  • basuh beras dan toskan
  • tapis air bunga dan masukkan ke dalam periuk yang berisi beras tadi
  • masukkan juga 1 batang serai dan 2 helai daun limau purut
  • boleh la di masak macam biasa..

  • Sambal Kelapa
  • kelapa parut 1/2 biji
  • serai 3 batang*
  • sedikit halia*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • masuk ke dalam kuali+kelapa
  • goreng+sedikit gula dan garam
  • goreng sampai kering
  • kemudian blander kering
  • *di hiris

  • Sambal Ikan
  • 1 kg ikan sardin di rebus
  • 5 batang serai*
  • 1 cm halia*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • ikan di buang tulang
  • *di blander
  • masukkan bahan blander ke dalam kuali
  • goreng +gula dan garam
  • goreng sampai kering

  • Bahan Kuah
  • 2 biji kelapa jadikan santan pekat
  • 1 cm halia*
  • 4 batang serai*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 10 tangkai cili kering*
  • *di blander
  • masukkan bahan blander ke dalam santan
  • masukkan garam dan gula
  • masak sampai pecah minyak


  • Budu
  • budu
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • sedikit gula merah
  • air asam jawa
  • dimasak sampai mendidih

  • Sambal
  • cuka+cili padi+gula dan garam*
  • di blander


  • Daging
  • 1 kg daging
  • 5 batang serai*
  • 1 cm halia*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar jintan manis*
  • 1 sudu besar jintan putih*
  • 1 sudu besar ketumbar*
  • *di blander
  • masukkan juga garam,gula dan serbuk kunyit
  • perap daging dengan bahan blander semalaman
  • simpan di dalam peti ais
  • goreng

  • Ulam
  • kacang panjang,daun kesum,kobis,bunga kantan dan taugeh
  • telur masin,ikan masin dan keropok.
  • terima kasih pada tuan punya resepi (ustzh Asidah)