Kopitiam

Talam Tokyo



  • Bahan2
  • Lapisan Bawah
  • 1 cwn sagu
  • 1 peket kecil suhun(rendam sampai lembut)
  • 1/2cwn kelapa parut
  • 1/2cwn santan pekat
  • secubit garam

  • Lapisan Atas
  • 4 biji telur
  • 1 cwn gula pasir
  • 21/4 cwn santan
  • 6 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • sedikit pewarna hijau dan kuning

  • Caranya
  • sapu loyang dengan sedikit minyak
  • untuk membuat lapisan bawah,rendam dulu sagu biji 5 minit
  • tuskan,campurkan semua bahan bawah dan kukus selama 10 minit
  • apabila lapisan sudah masak,tekan lapisan tu dengan sudu supaya mampat
  • untuk lapisan atas pula,campur kesemua bahan ke dalam blander..blander sampai halus
  • bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • 1 diwarnakan hijau dan 1 lagi warna kuning
  • kukus lapisan yang berwarna kuning dahulu selama 10 minit,kemudian lapisan warna hijau pula selama 10 minit.kukus dengan api yang sederhana.
  • angkat dan sejukkan baru boleh di potong..siap untuk dihidang.

No comments: