Kopitiam

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Kek Oren Blander



  • Bahan2
  • 1 biji limau
  • 1 cwn minyak
  • 2 cwn gula
  • 2 cwn tepung
  • 1 sudu besar baking pouder

  • Caranya
  • Cuci buah limau,potong buang biji dan urat putih di tengah2
  • Potong limau kecil2 bersama kulitnya sekali
  • Masukkan ke dalam blander bersama gula,minyak dan telur
  • Kisar sampai halus
  • Tuang bahan yang di kisar ke dalam ke dalam mangkuk
  • Campurkan tepung yang sudah di ayak dengan baking pouder
  • Campurkan sedikit demi sedikit..tuang ke dalam loyang yang sudah di sapu ngan butter dan di alas dengan kertas
  • Panaskan oven dahulu...bakar pada suhu 170 selama 40 minit atau sehingga masak.

Kek Pisang Coklat


  • bahan2
  • 7 biji pisang emas *
  • 1cwn gula *
  • 1cwn minyak *
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikabonet
  • 1 sudu teh cream of tar-tar
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 4 biji telur*

  • Caranya
  • Blander bahan yang bertanda*sampai halus
  • Masukkan tepung yang sudah di ayak bersama soda bikabonet dan cream of tar-tar
  • Gaul sebati,bahagi 2
  • 1 adunan masukkan serbuk koko yang sudah diayak
  • Lanser loyang dengan butter dan taburkan sedikit tepung
  • Mula melapis...masukkan adunan berselang seli sampai habis
  • Panaskan oven dahulu selama 10 minit
  • Bakar kek kita selama 45 minit atau sampai masak...tq aznie n kak kam

Kek Pisang

  • Bahan2nya
  • 2cwn tpg gandum
  • 2 biji telor
  • 1 cwn pisang @ 7 biji pisang di lenyek
  • 1/2 cwn minyak
  • 1 camb majerin
  • 1 camb susu pekat
  • 1 camt soda bikabonet
  • 1 camt baking pouder
  • 3/4 cwn gula

  • Caranya
  • Ayak tpg bersama soda+baking pouder
  • Pukul gula,telor dan majerin
  • Masukkan susu pekat dan minyak
  • Masukkan tpg sedikit-demi sedikit
  • Akhir sekali masukkan pisang
  • Kukus atau bakar sampai masak.

Kek Sarang Semut

  • Bahan2nya
  • 2 cwn gula (di hanguskan)+
  • 2 cwn air
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sudu majerin
  • 1 sudu bikabonet soda
  • 1 cwn susu pekat
  • 6 biji telur

  • Caranya
  • Pukul susu pekat dgn majerin
  • masukkan telur sebiji demi sebiji
  • masukkan air gula,tpg yg sudah di ayak dgn soda
  • panaskan oven dahulu
  • masukkan adunan ke loyang pembakar
  • bakar selama 1 jam

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 2 cawan gula halus
  • 6 biji telur(4 biji ambil kuning/putih 2 biji ambil kuning sahaja)
  • 300g tepung naik sendiri
  • atau
  • 300g tepung cap ros+1sudu teh baking powder
  • 75 serbuk koko
  • 11/2 air suam

Cara membuatnya
  • pukul butter dgn gula sampai kembang
  • masukkan telur pukul sampai sebati
  • campurkan tepung+koko+baking powder
  • akhir sekali masukkan air suam
  • Peringatan
  • pukul jgn terlalu lama
  • oven jgn suhu terlalu panas
  • apabila masukkan air suam kacau dgn senduk kayu.
  • bakar sampai masak

Kek Lapis Masam Manis

Bahan-bahannya:


  1. 250gm butter atau 1 mangkuk majerin
  2. 2 cawan gula halus
  3. 1/2 cawan susu tepung
  4. 1 tin sedang kaya
  5. 12 biji telur
  6. 5 cawan tepung gandum(Diayak)
  7. 1/2 sudu esen vanila
  8. 5 peket asam manis (ikut perasa)
  9. pewarna serbuk hijau,merahdan kuning.

Cara-caranya

  1. Pukul butter+gula hingga kembang
  2. masukkan telur satu persatu
  3. masukkan esen vanila
  4. masukkan tepung sedikit demi sedikit
  5. masukkan kaya susu,tepung
  6. tambahkan tepung gandum jika adunan nampak cair
  7. bahagi 3 masukkan pewarna
  8. panaskan loyang dahulu
  9. angkat dan masukkan adunan hijau empat sudu kukus 5 minit
  10. susun asam manis diatas adunan tadi ulangi sampai habis
  11. akhir sekali kukus selama 1 jam 30 minit angkat dan sejukkan


Kek Coklat Basah


Bahan-bahan:


  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh soda
  • 2 sudu teh baking powder
  • 3 sudu makan susu tepung
  • 2 ketul kiub ais
  • 3/4 cawan serbuk koko



Cara-caranya:


  1. blender/pukul telur dan gula
  2. masukkan susu dan ketul ais
  3. masukkan tepung yang telah diayak bersama soda,baking powder dan koko
  4. masukkan minyak
  5. akhir sekali masukkan air panas
  6. kukus/bakar


Topping:


  • 2 sudu marjerin
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan air
  • (campur kesemuanya kacau atas api hingga pekat)



SELAMAT MENCUBA!!