Kopitiam

Tumpi Kacang Dal

  • Bahan2
  • 250g kacang dal(di rendam semalaman)
  • 500g tepung beras(cap gajah)
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1/2 kelapa(asingkan santan pekat dan cair)
  • 1/2 sudu besar ketumbar**
  • 1/2 sudu besar jintan manis**
  • 1/2 sudu besar jintan putih**
  • 1 biji telur*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • segenggam udang kering*
  • segenggam ikan bilis*
  • garam secukup rasa
  • sedikit air kapur
  • 3 biji cabai kering(rendam dengan air panas)*
  • sedikit kunyit


  • Cara Membancuh Adunan
  • Kacang dal di basuh bersih dan di rendam semalaman,toskan
  • Kelapa di jadikan santan,asing santan cair dan pekat
  • **sangan sampai naik baunya kemudian di tumbuk
  • Blander bahan *bersama santan pekat
  • Campurkan ke2 tepung ke dalam besen,tuangkan bahan yang di blander tadi
  • Kacau sebati,masukkan garam dan air kapur sekali


  • Cara Menggoreng
  • Ambil sedikit adunan dan di campur dengan sedikit santan cair
  • Bancuh aduan jangan terlalu cair masukkan sedikit kacang dal
  • Panaskan 2 biji kuali
  • 1 kuali minyak banyak untuk menggoreng
  • 1 lagi minyak sedikit untuk membuat adunan di tepi kuali
  • Jika kuali sudah panas ambil sedikit adunan tepung tadi dan siramkan di tepi kuali
  • Sambil di siram dengan minyak,jika sudah lekang pindahkan ke dalam kuali yang satu lagi
  • Masak sampai agak kekuningan dan kacang dalnya masak
  • Angkat dan toskan
  • Buat begitu sampai habis.

4 comments:

Aku said...

nak raya ni buat banyak sikit...

aku nak...

Kak Yah said...

Insyaallah

jes sica said...

***sangan? Apakah?

Anonymous said...

sangan tu = goreng tanpa minyak