Kopitiam

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Apam Polkadot


  • Bahan2
  • 3 biji telur(dari petiais)
  • 275gm tepung gandum
  • 150ml susu segar/susu cair/susu tepung 150ml air 5sudu susu
  • 3 sudu kecil baking pouder
  • 1 sudu kecil ovellet
  • jem ikut suka pewarna dan mangkuk kertas secukupnya

  • Caranya
  • Pukul telur,gula dan ovellet sampai gebu
  • tepung di ayak dengan baking pouder
  • masukkan tepung dan berselang-seli dengan susu
  • bahagikan kepada beberapa bahagian dan warna mengikut warna pilihan
  • masukkan adunan kedalam mangkuk kertas
  • isi setengah dan bubuhkan jem kemudian tutup dengan adunan lagi
  • ambil adunan berwarna dan buat dot2nya
  • kukus 10minit kalau bekas kecil
  • besar 15minit

Apam Sarawak



Bahan2nya
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 peket mouripan
  • 11/4 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 21/2 tin air suam
  • pewarna merah hijau kuning
  • 1/2 biji kelapa di buat seperti inti ketayap

Caranya
  1. Masukkan tepung,mouripan,gula ke dalam satu bekas
  2. Susu cair,air suam dalam jag
  3. Tuangkan susu cair yang sudah di campur dengan air suam ke dalam bekas tepung sambil dikacau sampai habis.
  4. Bahagikan kepada 4 bahagian
  5. satu dibiarkan kosong 3 lagi dibubuh pewarna merah,hijau, kuning
  6. biarkan sekejap
  7. Gunakan acuan lompang,sapu minyak didalam acuan
  8. Masukkan bahagian yang kosong kedalam acuan satu sudu
  9. bulatkan inti dan di letakkan di tengahnya
  10. kemudian ambil bahagian berwarna 1/4 sudu tiap satu,masukkan kedalam acuan yang berinti tadi.
  11. panaskan pengukus dahulu
  12. kukus 10 minit
  13. keluarkan dari acuan siap untuk dihidang

Apam Tepung Beras


Bahan2nya

  • 1cawan nasi (1/4biji ragi)sedikit gula peram 2mlm untuk dijadikan tapai nasi
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan air
  • 3 cawan tepung beras
  • 2 peket eno

Caranya
  1. Blander tapai+air+gula
  2. Tuang ke dalam tepung beras kacau sebati
  3. peram 6 jam
  4. masukkan eno kacau sebati
  5. panaskan pengukus dahulu
  6. kemdian masukkan acuan panaskan sekejap baru masukkan adunan.
  7. kukus selama 10 minit.

Apam Cantik Manis



Bahan-bahannya

  • 1 sudu ovalett
  • 1 cawan ice cream soda
  • 2 cawan gula
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • mangkuk kertas secukupnya
  • pewarna hijau,kuning dan merah

cara-caranya

  1. pukul telur+gula+ovalett sampai kembang
  2. masukkan ice cream soda berselang seli dengan tepung
  3. bahagikan 3 adunan dan masukkan warna
  4. masukkan ke dalam mangkuk kertas kukus selama 10 minit



SELAMAT MENCUBA!!

Kuih Apam Ayu



Bahan-bahannya:
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan pati santan
  • 1 sudu ovalett
  • 1 cawan gula
  • sedikit garam
  • setengah biji kelapa(ambil putihnya sahaja)
  • pewarna hijau atau kuning


Cara-caranya:
  • telur+gula+ovalett(pukul sampai kembang)
  • masukkan pati santan selang seli dengan tepung
  • masukkan sedikit pewarna hijau atau kuning
  • kelapa putih digaul dengan sedikit garam
  • acuan disapu minyak sedikit
  • masukkan sedikit kelapa putih yang digaul bersama garam tadi kedalam acuan dan ditekan sedikit
  • masukkan 2 sudu bancuhan tepung kedalam acuan yang dibubuh kelapa tadi
  • kukus selama 10-15 minit


SELAMAT MENCUBA!!