Kopitiam

Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Masak Lemak Paku Rawan

  • Bahan2
  • 1 ikat paku rawan
  • 1/2 biji kelapa(jadikan santan)
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • sedikit ikan bilis *
  • sedikit belacan(klu suka,tak bubuh tak apa)
  • sedikit garam & gula

  • Caranya
  • Bersihkan sayur,dan di potong anggaran 3 inci
  • Kelapa di asingkan santan cair dan santan pekat
  • Tumbuk bahan yang bertanda*di tumbuk kasar
  • Rebus bahan tumbuk bersama santan cair sampai mendidih
  • Baru masukkan paku rawan dan santan pekat
  • Masukkan garam ,gula sekali
  • Jangan masak terlalu lama kerana sayur ni akan terasa pahit sedikit.
  • Siap untuk dihidang.

Masak Lemak Pucuk Ubi Bunga Kantan


  • Bahan2nya
  • 1 ikat pucuk ubi
  • 1 kuntum bunga kantan(di buka kelopaknya di cabut satu persatu)
  • 1/2 inci kunyit*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji kelapa(di jadikan santan)
  • 1/2 biji lada besar(kalau nak pedas tambah cili padi)*
  • 1 sudu besar ikan bilis
  • sedikit garam & gula


  • Caranya
  • Bersihkan pucuk ubi dan di rebus sampai empuk
  • kemudian toskan
  • tumbuk bahan yang bertanda*
  • kelapa di jadikan santan anggaran satu mangkuk
  • rebus bahan yang di tumbuk tadi bersama santan ikan bilis dan pucuk ubi yang di rebus bersama bunga kantan yang di buka kelopaknya
  • masukkan garam dan gula sekali
  • masak sehingga mendidih dengan api yang perlahan
  • sambil di kacau supaya tidak pecah minyak.
  • siap untuk di hidang.

Sayur Kangkung 'Bening'

Sesuai untuk dihidang untuk makan tengahari dikala cuaca panas. Juadah yang sihat.

Hidangan: cukup untuk 4 orang.

Sayur Kangkung dipotong dan dibasuh, untuk 4 orang
2 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
sedikit ikan bilis dikupas
sehelai daun kunyit segar
4 cawan air
garam secukup rasa


Masukkan air ke dalam belanga, masukkan bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
Apabila mendidih dalam 2 minit, masukkan sayur Kangkung dan daun kunyit segar.
Masukkan garam secukup rasa.
Apabila sayur Kangkung telah masak, matikan api.
Siap untuk dihidang.



.