Kopitiam

Ayam Masak Merah(Banjar)

  • Bahan2nya
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 ulas bwg putih(di hiris)
  • 6 ulas bwg merah(dihiris)
  • 6 biji cabai keringdiblander)
  • 2 biji cabai merah(diblander)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
  • 1/2 sudu teh jintan manis(ditumbuk)
  • 1/2 jintan putih(ditumbuk)
  • 1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
  • 6 biji badam atau segenggam kacang(disangan dan ditumbuk)
  • 1 sudu besar kas2(disangan dan ditumbuk)
  • sos tomato(tomato pure dalam tin)
  • sos cili,sedikit halia,susu cair dan daun sup
  • 1/2 biji kelapa(santan)
  • 2 biji bwg besar(dipotong bulat)

  • Caranya
  • Ayam dipotong ikut suka dibasuh bersih di bubuh garam kunyit.
  • di goreng separuh masak
  • panaskan minyak,tumis bahan yg dihiris kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih sekali kemudian masukkan bahan yg diblander +sos cili+sos tomato+badam dan kas2
  • masukkan ayam dan santan
  • bila hampir pekat kuahnya baru masukkan susu cair
  • masukkan garam, gula serta serbuk perasa
  • tabur daun sup dan bwg besar yg dipotong bulat
  • tutup api..siap untuk di hidang.

1 comment:

sutera ungu said...

lauk popular org banjar...lsuk psling sdo...
salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com