Kopitiam

Ayam Masak Ros

Bahan2nya
  • 1 ekor ayam(di potong 16)
  • 1/2 kilo bawang merah(dihiris halus)
  • 5 sudu cili kisar
  • 1 inci halia(di hiris halus)
  • 20 sen biji sawi
  • 50 sen buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • sedikit susu cair


Caranya
  1. Goreng ayam separuh masak
  2. Tumis bawang,halia,buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau
  3. Masukkan biji sawi,daun kari dan cili kisar
  4. Masukkan ayam dan susu cair
  5. Masak sehingga kuah agak pekat.

2 comments:

ariff said...

ariff suka sangat ayam masak ros !

Kak Yah said...

masak ikot resepi ni ke??????