Kopitiam

Bubur Butir Nangka


  • Bahan A
  • 1 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna hijau & merah jambu
  • Air secukupnya


  • Bahan B
  • 1/2 biji kelapa(di jadikan santan)
  • 2 sudu besar sagu biji (di rendam sekejap)
  • Gula secukup rasa.


  • Caranya
  • Adun bahan A seperti membuat buah melaka
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • 1 diwarnakan merah jambu,1 lagi warna hijau
  • Gentel adunan berbentuk bujur
  • Rebus air sehingga mendidih kemudian masukkan adunan yang sudah siap
  • Apabila sudah timbul,angkat dan toskan
  • Rebus santan gula sedikit garam dan adunan yang sudah siap
  • Masukkan sagu biji sekali
  • Sambil di kacau supaya tidak pecah minyak
  • Masak sampai mendidih
  • Siap,sedia untuk di hidang.

No comments: